Doa | Sejarah | Falsafah | Matlamat | Analisa Peperiksaan | Ko-kurikulum | Kelas 5 Sc | Email

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad ( S M K A S )
|
Pada 1 haribulan Januari 1965, Sekolah Menengah Abdul Samad mula ditubuhkan dengan nama Sekolah Aneka Jurusan Pulai Chondong. Persekolahan dimulakan dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong dengan pelajar seramai 124 orang dari enam sekolah saluran iaitu Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong, Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering, Sekolah Kebangsaan Bandar, Sekolah Kebangsaan Labok, Sekolah Kebangsaan Mata Ayer dan Sekolah Kebangsaan Sungai Bagan. Pengetua yang pertama ialah Encik Zainal Abidin b. Hj. Ahmad dan Encik Jamil b. Mustapha sebagai Penolong Kanan. Pada tahun 1966, bangunan yang ada sekarang mula digunakan dan pada tahun 1967 ditukar nama menjadi Sekolah Menengah Pulai Chondong. Persekolahan dua sessi dan pelajar sulungnya mengambil peperiksaan SRP. Pada tahun 1969, sekolah ini ditukar tarafnya kepada Sekolah Menengah Pulai Chondong. Pengetua pada masa itu ialah Encik Mohd. Shukri Saat. pada 28hb. Mac 1973, Persatuan Ibubapa dan Guru telah ditubuhkan dengan ahli berdaftar seramai 680 orang. Tanggal 14hb. Julai 1973, merupakan tarikh bersejarah bagi sekolah ini kerana tiga perkara berlaku disekolah ini iaitu :
Pada tahun 1986, sekolah ini dipilih sebagai "Pemenang Sekolah Terbaik" oleh Kelab Rotary Kota Bharu. Anugerah ini berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Dalam pertandingan Sekolah Cantik anjuran Jabatan Pendidikan Kelantan, Sekolah ini pernah memenangi tempat ketiga pada tahun 1984 dan tempat pertama pada tahun 1987. Pertambahan bilangan pelajar yang menyebabkan bilangan bangunan terpaksa ditambah. Tahun 1990, sebuah bangunan tiga tingkat mulai dibina. Pada tahun 1991, bangunan itu telah siap dan boleh digunakan. Bermula pata tahun inilah sekolah Menengah Abdul Samad (SMAS) telah mengadakan sessi pagi sahaja untuk tingkatan satu hingga lima. Pada awal tahun 1996, kantin baru didirikan dan mula beroperasi pada tahun 1997. Pada tahun 1998, bilangan guru yang mengajar Sekolah Menengah abdul Samad seramai 78 orang dan jumlah pelajarnya seramai 1,350 orang.
|
Doa | Sejarah | Falsafah | Matlamat | Analisa Peperiksaan | Ko-kurikulum | Kelas 5 Sc | Email