Doa | Sejarah | Falsafah | Matlamat | Analisa Peperiksaan | Ko-kurikulum | Kelas 5 Sc | Email                        

 

 

Matlamat Pendidikan Negara

Matlamat Pendidikan Kebangsaan ialah supaya setiap orang pelajar dapat menyesuaikan diri, perpaduan rakyat dan terhadap proses permodenan dan perindustrian negara. Matlamat ini dicirikan dengan kategori perkembangan diri yang ditujukan kepada :-

Kerohanian, pemikiran dan penakkulan, kesejahteraan diri kemahiran hidup, rekreasi, dayarasa, daya kreatif, daya cipta dan sikap positif.

Orientasi kepada masyarakat ditujukan kepada :-

Kemahiran berinteraksi, politik, perpaduan negara, sosio-budaya alam semulajadi, ekonomi dan modenisasi.

 

Matlamat Sekolah

Matlamat Am

Melahirkan satu rupa generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, berilmu yang seimbang rohani dan jasmani tinggi daya intelek dan sihat emosi, bertaqwa, berdisiplin, dan berhemah tinggi. Sedia berbakti, berbakat kreatif dan kritis sentiasa menghormati orang lain dan menyanjung tinggi serta mengamalkan norma-norma hidup masyarakat Malaysia.

Matlamat Khusus

Meningkatkan kejayaan akademik pelajar-pelajar tahun demi tahun dari segi kualiti dan kuantiti serta menghapuskan kegagalan. Supaya pelajar mempunyai sahsiah yang tinggi dan tatasusila yang dapat diterima oleh masyrakat. Semua pelajar mestilah melibatkan diri dalam bahagian kegiatan-kegiatan ko-kurikulum

             Doa | Sejarah | Falsafah | Matlamat | Analisa Peperiksaan | Ko-kurikulum | Kelas 5 Sc | Email